Penyedia Penginapan Pelajar Terbaik Di UK

Penginapan pelajar Fusion tidak seperti yang lain. Ia menyediakan penginapan kelas mewah untuk para pelajar di Bristol, Newcastle, Nottingham dan Cardiff.

Kemudahan yang ia tawarkan sungguh luar biasa dan ia memastikan semua pelajar dilengkapi dengan apa sahaja yang diperlukan untuk mereka berjaya.
Di sini kami menyenaraikan empat sebab mengapa kami memilih Fusion sebagai pembekal penginapan pelajar kelas satu.

  1. Sosial

Image result for fusion student accommodation social

Fusion mempunyai beberapa kelab santai, mengadakan pertandingan tenis meja, malam pesta filem dan banyak lagi, bertujuan memudahkan para pelajar bertemu dengan kenalan baru dan menjalin hubungan persahabatan, persahabatan yang akan berkekalan seumur hidup. Jika itu belum cukup, anda juga boleh menganjurkan acara atau malam pesta anda sendiri – anda hanya perlu mengaturkannya dengan pejabat urusan. Fusion juga menawarkan kelab lounge dan bar, di mana anda boleh menikmati minuman, serta kalendar acara bersosial sepanjang tahun yang padat untuk anda sertai dan bertemu kenalan.

2. Kemudahan

Image result for fusion student accommodation

Fusion menawarkan pelbagai kemudahan, yang sukar bagi penyedia penginapan lain untuk menyainginya. Ia, tentu saja, dilengkapi gim yang serba lengkap dengan akses 24/7 dan jurulatih peribadi untuk membantu anda mencapai matlamat anda. Jika anda lebih suka persekitaran kelas pembelajaran, anda boleh memilih dari pelbagai jenis kelas yang dianjurkan seperti yoga, Pilates dan aerobik.

Terdapat juga ruangan penyimpanan basikal, kawasan permainan di mana anda boleh bermain tenis meja dan menggunakan kolam renang, serta (jika itu masih belum cukup) ruangan pawagam yang menawarkan makanan ringan seperti bertih jagung – bolehkah anda mempercayainya?

Dari segi pembelajaran, Fusion menyediakan ruang belajar peribadi, ruang kerja, ruangan santai dan bilik persidangan untuk kerja/mesyuarat secara berkumpulan. Semuanya dilengkapi dengan Wi-Fi percuma berkelajuan tinggi.

Ruang bilik Fusion juga adalah sesuatu yang perlu disebutkan disini. Anda mempunyai pilihan bilik en suite, studio kongsi dan pangsapuri mezanin yang luas.Semuanya berekabentuk dengan rekaan hiasan dalaman moden dan dilengkapi meja, kerusi belajar, TV skrin rata, ruang simpanan yang bersaiz besar dan almari pakaian berkembar. Anda tidak akan menemui lokasi penginapan yang lebih baik kerana semua penginapan Fusion terletak berdekatan dengan kampus.

Oleh itu, anda tidak perlu risau jika terbangun dari tidur sepuluh minit sebelum kuliah, anda masih berkesempatan menghadiri kuliah dengan tepat pada masanya!

  1. Keselamatan

Image result for fusion student accommodation social

Tidak mengira masa, pasukan keselamatan di Fusion memastikan anda benar-benar selamat. Semuanya dikawal pengawal keselamatan 24/7, CCTV dan akses kunci fob. Tidak mengira waktu, bahagian penyambut tetamu akan sentiasa dikawalselia kakitangan. Oleh itu, anda akan sentiasa mempunyai seseorang untuk mengajukan sebarang masalah.

  1. Pasukan keselematan khusus

Image result for fusion student accommodation social

Terdapat pasukan khusus sehingga 11 orang yang ditugaskan untuk setiap bahagian bangunan. Mereka memberi khidmat sokongan untuk perkhidmatan-perkhidmatan seperti bahagian penyambut tetamu, pekerja pejabat, pekerja penyelenggaraan, pekerja bar dan pengawal keselamatan. Mereka sentiasa sedia berkhidmat demi keselesaan anda ketika menginap di Fusion.

Ingin Mengetahui Lebih Lanjut? Daftar Di Bawah Untuk Maklumat Lanjut Tentang Bagaimana Anda Boleh Mendapatkan Tempat Tahun Ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *